The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Liga Super ke-20 | Selangor FC lwn Imigresen FC | 2025/26 | Setiap Perlawanan Penting

Mar 08, 2026 - FAS

Selangor FC bakal menerima kunjungan Imigresen FC bagi aksi Liga Super ke-20 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 malam.

Skuad Gergasi Merah kini berada di tangga keempat liga dengan 36 mata selepas mengharungi 18 perlawanan, hasil daripada 11 kemenangan, tiga keputusan seri dan empat kekalahan.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon menegaskan setiap perlawanan kini perlu dihadapi dengan fokus dan mentaliti yang tinggi.

“Setiap perlawanan sangat penting buat pasukan sekarang, termasuk perlawanan menentang Imigresen FC. Kita perlu beraksi seperti dalam satu perlawanan akhir, kekal berdisiplin dan menunjukkan mentaliti yang betul di atas padang. Saya yakin para pemain tahu apa yang perlu dilakukan dengan persediaan yang telah dilaksanakan. Mereka perlu memberikan saingan yang tinggi serta memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit,” kata beliau.

Ayuh penyokong Gergasi Merah, kita meriahkan Stadium MBPJ malam ini dengan kehadiran anda dan sorakkan padu anda untuk pasukan. Dapatkan tiket anda di sini, bagi menyaksikan perlawnan secara langsung di Stadium MBPJ.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan termasuk jualan kolaborasi baharu Red Giants x Tobaki x TNTCO di SFC Club Shop yang terletak di bahagian terbuka stadium. Penyokong juga berpeluang mendapatkan dua tiket percuma bagi setiap resit pembelian serta barangan kolaborasi eksklusif.

Bersempena perlawanan terakhir bulan Ramadan di laman sendiri musim ini, kami turut menyediakan jualan Selangor Scream Moreh yang menawarkan pelbagai pilihan moreh seperti kuih-muih, air balang dan lain-lain bagi melengkapkan moreh anda pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan memberikan cabaran terbaik dalam usaha meraih keputusan positif dalam perlawanan ke-20 Liga Super 2025/26.

Demi Kebanggaan!